Saturday, July 30, 2011

Kari Telur + ikan pekasam


Malam tok aku xtauk nak masak apa...mood aku xbrapa steady so aku cari jak resepi lam internet...kari telur..hurmm mcm best jak. aku nak masak ya jak malam tok. pasya aku goreng ikan pekasam yang diberik ngan kmk org masa d kedah ari ya..try lok cm ne kah asanya.

Bahan-Bahan:
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili muda
2 sudu besar serbuk kari
½ biji kelapa parut
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar kicap tomato
Garam secukupnya
1 sudu teh air limau nipis
Cara:
Telur direbus keras & kupas. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. Kelapa ambil 2 cawan santan. Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit). Sebelum menghidang, telur dibelah 2 & aturkan di dalam pinggan. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina.

Kari_telur

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum...
Sila tinggalkan komen anda diSINI yer...
Sigek (satu) pun xpa..janji ada..
Sayang Kitak.