Wednesday, June 15, 2011

PUNCA KANSER PARU-PARU


PENYELIDIK dan pakar perubatan menggariskan beberapa punca seseorang boleh menghidap barah paru-paru. Antaranya:
1. Tabiat menghisap rokok
Banyak kajian menunjukkan kaitan langsung antara tabiat merokok dan penghidap barah paru-paru. Malah, kadar kematian di kalangan perokok yang kerap (heavy smoker)20 kali lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok. Presiden American Health Foundation, Dr Ernest I Wynder, menggariskan seorang yang kuat merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok sehari dan merokok setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100 peratus menghidap barah paru-paru.
Kalian juga menunjukkan, orang yang menghidu asap rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah paru-paru. Asap rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan seperti logam, toksid dan gas pencemar, merosakkan rerambut silia yang meliputi rongga udara.
Lapisan silia berfungsi menapis habuk dan zarah halus daripada memasuki rongga peparu. Apabila sistem silia dilumpuhkan, ia tidak mampu menapis debu justeru menyebabkan rongga terdedah kepada kesemua bahan toksid. Ini menyebabkan sel paru-paru membahagi dan membesar tidak sempurna serta menjadi sekelompok sel barah.
2. Pendedahan radiasi dan sesetengah bahan kimia
Ramai kurang peka bahawa pendedahan kepada sinaran radiasi pada sesetengah bahan kimia memungkinkan pelbagai penyakit barah.
Pada 1991,160,000 penduduk benua Amerika mati disebabkan barah paru-paru kesan radon iaitu sejenis gas radioaktif semula jadi. Di dalam badan kita, ada kira-kira 25 juta sel yang membolehkan kita hidup. Justeru, tubuh kita terpaksa menjana sel dengan cepat, kira-kira 2.5 juta sesaat. Sel yang terdedah pantas bergerak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kanser.
Kajian juga menunjukkan pendedahan ke" pada bahan gentian mineral, iaitu asbestos, menyebabkan barah paru-paru. Malah pen" dedahan kepada bahan kimia sepertibisdiloromethymethyl ether (BCME) dan chloro" methy-methyl ether (CMME) menyebabkan penyakit ini.
Kini, penemuan terbaru mendapati ka lah rawatan radioterapi juga menyebabkan ko barah paru-paru.
3. Pencemaran atmosfera
Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ben~ tuk pencemaran.
4. Makanan mengandungi lemak tepu
Menurut Dr Takeshi Hirayana daripada Institute of Preventive Oncaogy, Jepun, orang yang banyak makan daging yang tinggi kadar lemak tepunya (saturated fats) seperti lemak babi serta kurang makan sayuran hijau, mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ili.
5. Faktor lain
Faktor lain yang masih dikaji ialah kemung. kinan barah ini disebabkan scar dan fibrosis dalam peparu atau jangkitan batuk kering atau tuberculosis (TB) yang baru sembuh se~ fibrosis lesions.

Rokok Pocong



Kepada kawan-kawan BERHENTILAH MEROKOK.......cara nak menghentikan dari menghisap rokok, makan pinang n sirih..bekalkan ke pejabat atau ke mana-mana atau coba hisap benda lainlah pulak..okay...

2 comments:

  1. ingat merokok membahayakan kesihatan..beringat sebelum kena..hehehe

    ReplyDelete
  2. ptt mek cek paru² mek tok.. ada kali itam juak tegal mala hidu asap rokok org sekeliling.. hehehhe..

    ReplyDelete

Assalammualaikum...
Sila tinggalkan komen anda diSINI yer...
Sigek (satu) pun xpa..janji ada..
Sayang Kitak.