Monday, June 13, 2011

Peringatan untuk Kaum Hawa


Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW. "Siapa yang dipintu itu?" Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?" Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya
dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan
mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan
yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat
dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan
minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam
lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan
buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah
zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan
apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)
segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan
keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan
ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan
daripada pihak bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat
oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan
ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas
badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan
ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan
darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal
keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam
hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar
(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke
belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;
dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti
kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu
beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka
itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api}
daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan
kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa
mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan
berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup
rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka
sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di
dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia
keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka
bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua
susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan
kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas
dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa
sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya
hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil
daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke
dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa
sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia
(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki
mendengki

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum...
Sila tinggalkan komen anda diSINI yer...
Sigek (satu) pun xpa..janji ada..
Sayang Kitak.