Ada suatu kisah.....aku cuma ada seorg adik. lelaki & usianya 3 thn lebih muda drpd aku. suatu hari, utk mendapatkan sehelai sapu tangan yg menjadi kesukaan anak gadis ketika , aku mengambil 50 sen dari poket seluar ayah. petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. aku mengeletar melihat rotan panjang sedepa di tgn ayah. "siapa ambil duit ayah!!?" tanya ayah bagai singa lapar. aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. kedua-dua kami menbisu, cuma tunduk memandang lantai. "baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan utk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. tiba2, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "saya yang ambil!" belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkap kata-kata itu, hayunan & balunan silih berganti mengentam tubuh adik. aku gamam, lidah kelu utk bersuara. walau perit menahan sakit, setitis airmata adik tak tumpah. setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri, apakah lagi perbuatan kamu yg akan memalukan ayah diluar kelak?"
Malam itu emak & aku tak lepas-lepas mendakap adik. belakangnya yg berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. namun adik cukup tabah. setitis airmatanya tidak mengiringi kesakitan yg mencucuk-cucuk. melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikapku yg takut berkata benar. adik segera menutup mulutku dgn kedua-dua tangannya lalu berkata, "janganlah menangis kak, semuanya dah berlalu". aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun silih berganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.. aku terdengar ayah berkata, "zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. abang bangga sekali" "tapi apa maknanya bang...." aku terdengar ibu teresak-esak. "dimana kita nak cari duit utk membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. dia berdiri di depan ayah dan ibu. "ayah, saya tidak mahu bersekolah lagi!" perlahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelikatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. panggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.
Sepert biasa yg mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "kenapa kamu ini? tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "org lelaki kena bersekolah. kalau tak, dia takkan dpt membawa keluarganya keluar dari kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yg bengkak. "kakak perempuan....biarlah kakak yg berhenti."
Tiada siapa yg menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya. dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yg dia ada. di atas pangkin tempat dia melelapkan mata, terdapat sehelai kertas yg tercatat..."kak...utk dpt peluang ke universiti bukan mudah. saya akan cari kerja dan akan kirim wang buat akak". apa lagi yang aku tahu selain meraung. ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. begitu juga emak yang menggunakan air matanya untuk memujuk kekecewaan ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "ada pemuda kampung tunggu kau kat luar" "pemuda kampung?" bisikku. "siapa?" tergesa-gesa aku keluar dari bilik. dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yg dipenuhi lumpur dan simen. "kenapa sebut org kampung, sebutlah adik yg dtg" sambil dia tersenyum dia menjawab, "akak lihatlah pakaian adik ni, apa yg akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. aku cukup tersentuh. tanpa sedar, air jernih mengalir dipipi. aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar atau tidak, aku bersuara,"akak tidak peduli apa kata org lain. "dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak". aku kaku. sepatah kata tak terucap. aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tidak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sememtara menunggu konvokesyen. aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik". "adik kamu yang bersihkan. dia pulang kelmarin. habis tangannya luka-luka." aku menerpa ke biliknya. cantik senyum adik. "sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "tak...kak tahu tak, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk berkerja keras kak".
Apalagi...aku menangis seperti selalu. aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. suamiku seorang usahawan menawarkan kerja pengurus kepada adik. "kalau adik terima jawatan itu, apa kata orang lain?" kata adik. "adik takde pelajaran. biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada". "adik tak sekolah pun kerana akak". kata ku memujuk. "kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. adik terus tinggal di kampung dan berkerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "siapakah orang yang paling disayanginya?" spontan adik menjawab, "selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. suatu hari tapak kasut saya tertanggal. melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka sebelah kasutnya dan memberikanya kepada saya. dia berjalan dengan sebelah kasut sampai di rumah saya lihat kakinya calar balar sebab berdarah sebab tertikan tunggul dan batu kerikil". "sejak itu lah saya berjanji pada diri sendiri, saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila". sebaik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sunguh sambil air mataku bercucuran membasahi bajunya.....
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum...
Sila tinggalkan komen anda diSINI yer...
Sigek (satu) pun xpa..janji ada..
Sayang Kitak.